
RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM SELIAAN YIDE TERIMA WANG SAKU PELAJAR MENERUSI PROGRAM FIDYAH MAIS
28 January 2025
Aktiviti
Anak Yatim
Bangi, 28 Januari 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah agihkan sumbangan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjumlah RM 298,200.00 kepada semua penghuni di 32 Rumah Anak Yatim (RAY) yang berdaftar dibawah YIDE.
Antara penerima sumbangan fidyah tersebut adalah Rumah Bakti al-Kausar berjumlah RM 8,700.00 dan Rumah Amal Rukaiyah berjumlah RM 12,000.00. Sumbangan tersebut amat bermakna kerana ia dapat mengurangkan perbelanjaan wang saku persekolahan penghuni rumah kebajikan disamping memenuhi perbelanjaan harian anak-anak di sekolah.