Skip to content

SIRI 3: LAWATAN KERJA YIDE KE MARIFET OGRENCI YURTLAN, UMRANIYE

SIRI 3: LAWATAN KERJA YIDE KE MARIFET OGRENCI YURTLAN, UMRANIYE

Pada 18 Januari 2025, YIDE telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja ke Madrasah Marifet Ogrenci Yurtlan, Umraniye, Istanbul, Turkiye.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian maklumat mengenai model pembangunan akhlak, sahsiah, dan pendidikan anak-anak asnaf/yatim di Turkiye.
 
Pihak Marifet Ogrenci Yurtlan juga membuka ruang kerjasama dengan YIDE dalam pelaksanaan program-program pembangunan tersebut, sekaligus mewujudkan peluang untuk kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha memajukan akhlak, sahsiah, pendidikan dan kesejahteraan anak-anak asnaf/yatim.
 
Delegasi YIDE juga berpeluang melawat Dan menyaksikan fasiliti-fasiliti yang terdapat di Madrasah Marifet Ogrenci Yurtlan sebagai penanda arasan untuk Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah.
 
Ustaz Rıdvan Abud, Prinsipal Marifet Ogrenci Yurtlan, Umraniye, telah menyambut kedatangan delegasi YIDE yang terdiri dari Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Prof. Dr. Azreen Syazril bin Adnan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, En. Mohd Akmal Hafsyam bin Ghazali, Pengurus Korporat YIDE dan En. Mohammad Haizan bin Mohd Rozi, Eksekutif Kebajikan YIDE.
 
Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada penerima manfaat, terutamanya di negeri Selangor.