YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) MENGADAKAN KUNJUNG HORMAT KE OPTIMA TECHNIC, TURKI
16 January 2025
Aktiviti & Hebahan
Dialisis
Hemodalisis
16 Januari 2025 – Delegasi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengadakan kunjung hormat ke Syarikat Optima Technic di Turki bagi meneroka kerjasama pembangunan Pusat Dialisis MAIS dibawah kelolaan YIDE.
Optima Technic adalah sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam menyediakan kemudahan perubatan secara bergerak iaitu “Mobile Hospital Solution”.
Dengan kemudahan dan teknologi sedia ada, ia pasti akan memberikan kemudahan dan keselesaan yang optimum kepada para pesakit yang memerlukan rawatan dengan lebih kondusif terutama pesakit-pesakit yang tinggal di kawasan yang pendalaman yang sukar mendapat rawatan di bandar dan juga di kawasan yang ditimpa bencana alam bagi memudahcara mereka untuk mendapat capaian rawatan.
Delegasi YIDE diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE dan diiringi oleh YBrs. Profesor Dr. Azreen Syazril bin Adnan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, En Akmal Hafsyam, Pengurus Korporat dan En. Muhamad Haizan bin Mohd Rozi, Eksekutif Kebajikan.
Semoga permulaan kunjung hormat dan kerjasama yang telah terbina akan memberikan kebaikan kepada masyarakat di Selangor.
Terima kasih diucapkan kepada En. Hasan Kayaaslan, Pengarah Urusan Optima Technic, Turki kerana menerima kunjungan YIDE.
Tidak dilupakan juga rakan strategik YIDE iaitu Hayrat Relief kerana banyak membantu dalam menjayakan pertemuan ini.