Skip to content

YIDE LAKSANA PEMUKIMAN PENDAFTARAN ANAK ANAK YATIM NEGERI SELANGOR

YIDE LAKSANA PEMUKIMAN PENDAFTARAN ANAK ANAK YATIM NEGERI SELANGOR

Kuala Selangor, 13 Januari – YIDE telah melaksanakan Pemukiman Pendaftaran Anak Yatim Negeri Selangor di Masjid Raja Lumu, Bukit Melawati Kuala Selangor. Program dilaksanakan adalah bertujuan mendaftarkan anak yatim bagi melayakkan penerimaan sumbangan hari raya aidilfitri untuk tahun 2025 bersamaan 1446H.
 
Taklimat khas berkenaan pendaftaran anak anak yatim telah disampaikan oleh Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan YIDE, En Muhammad Zubair Azizan.
Untuk makluman semua, pendaftaran telah dibukan bermula 1 November 2024 dan akan tutup pada 15 Januari 2025. Pendaftaran perlu dibuat melalui dalam talian dengan melayari pautan www.epayns.com.my
 
Setiap pemohon perlu mengisi maklumat Anak Yatim dan perlu mencetak borang yang lengkap di isi tersebut kemudian lampirkan borang yang telah dicetak beserta dokumen salinan kad pengenalan Ibu/Penjaga, Sijil Kelahiran Anak Yatim, Sijil Kematian Bapa Kandung & Slip Akaun Bank utk pengesahan Nazir Masjid dan hantar ke alamat berikut;
 
Yayasan Islam Darul Ehsan – YIDE
No 3, Jalan Keluli AM7/AM,
Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan