![](https://yide.com.my/wp-content/uploads/2024/12/471476428_607766855270844_8621871270022364574_n.jpg)
YIDE RASMI KEJOHANAN FUTSAL PIALA MYCARE 2024 : EYES ON PALESTINE
25 December 2024
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Hebahan
Program
Social
Umum
Puchong – Kejohanan Futsal Piala MyCare 2024 yang bertemakan Eyes On Palestin telah berjaya dilancarkan dengan penuh semangat perpaduan dan kasih sayang. Tahun ini, kejohanan ini menjadi lebih istimewa dengan penglibatan 16 pasukan 13 daripadanya adalah penghuni rumah kebajikan anak yatim yang berdaftar di bawah YIDE yang turut diberi ruang untuk menunjukkan bakat mereka dalam sukan futsal.
Â
Kejohanan ini bukan hanya sekadar acara sukan, tetapi merupakan sebuah platform untuk menggalakkan semangat kesukanan, memperkukuhkan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin yang sedang menderita, serta memberi sokongan kepada anak-anak yatim yang memerlukan perhatian kita semua.
Penganjuran kejohanan ini juga bertujuan untuk membina kesedaran dan mengajak masyarakat bersatu padu dalam menyokong perjuangan kemanusiaan di Palestin, sambil memberi ruang kepada anak-anak yatim untuk merasai semangat persahabatan, sokongan, dan peluang yang sama dalam mengembangkan potensi diri.
Â
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MyCare, para peserta, serta semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga kejohanan ini menjadi pemangkin untuk kita semua terus menyebarkan semangat solidariti dan kepedulian, serta berusaha bersama untuk dunia yang lebih adil dan penyayang.