Skip to content

MAJLIS PENUTUP PROGRAM LIBAT URUS PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN ANAK-ANAK YATIM NEGERI SELANGOR

MAJLIS PENUTUP PROGRAM LIBAT URUS PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN ANAK-ANAK YATIM NEGERI SELANGOR

20 Dis 2024, Kuala Lumpur – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah institusi kebajikan yang menjaga kepentingan kebajikan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik di negeri selangor termasuklah mengawal selia 32 buah rumah kebajikan anak yatim, memegang amanah yang amat besar demi memastikan kelestarian kebajikan anak-anak yatim di negeri Selangor.
.
YIDE sentiasa komited dalam memastikan setiap anak yatim individu iaitu yang tinggal bersama dengan ibu atau waris dan juga yang menghuni di Rumah-rumah Kebajikan Anak Yatim yang berdaftar di bawah YIDE menjalankan kefungsiannya dengan penuh integriti dan berlandaskan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik untuk melindungi hak dan kepentingan anak-anak yatim di bawah jagaan mereka.
.
Setakat hari ini yide telah menyantuni seramai 11,386 anak yatim individu dari 6,388 keluarga dan lebih kurang 1,200 anak yatim yang berteduh di 32 buah Rumah Kebajikan Anak Yatim di bawah seliaan YIDE.
.
Sebagai usaha berterusan, YIDE menganjurkan Program Libat Urus Penyediaan Pelan Pembangunan Anak-Anak Yatim Negeri Selangor ini. Program ini bertujuan merancang dan membina pelan pembangunan anak-anak yatim negeri selangor berteraskan pelbagai aspek seperti pendidikan, modal insan, ekonomi dan keusahawan, kesejahteraan, sosial dan komuniti. hal ini amat penting agar anak-anak yatim di negeri selangor mempunyai sahsiah yang baik dan kemampuan mandiri yang utuh sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading.
.
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE yang juga sudi menyerahkan sijil-sijil penyertaan kepada semua pentadbir Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim yang mengambil bahagian dalam program ini.