Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) ANJUR PROGRAM LIBAT URUS PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN ANAK-ANAK YATIM NEGERI SELANGOR

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) ANJUR PROGRAM LIBAT URUS PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN ANAK-ANAK YATIM NEGERI SELANGOR

KUALA LUMPUR, 18/12/2024 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menganjurkan program Libat Urus Penyediaan Pelan Pembangunan Anak-anak Yatim Negeri Selangor yang disertai oleh 50 orang peserta dari kalangan pentadbir rumah 32 Rumah Kebajikan Anak Yatim yang berdaftar dibawah YIDE.
.
Program ini bertujuan merancang dan membina pelan pembangunan anak-anak yatim Negeri Selangor berteraskan pelbagai aspek seperti pendidikan, modal insan, ekonomi & keusahawan, kesejahteraan, sosial dan komuniti. Hal ini amat penting agar anak-anak Yatim di Negeri Selangor mempunyai sahsiah yang baik dan kemampuan mandiri yang utuh sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading.
.
Sesi perbincangan selama tiga hari dua malam ini diyakini akan memberikan impak yang memberangsangkan kerana perbincangan dilakukan dalam kalangan para pengurus rumah kebajikan anak yatim yang berpengalaman.
.
Didoakan semoga semua urusan mereka dalam menyediakan perancangan untuk anak-anak yatim Negeri Selangor dipermudah dan dilancarkan.