Skip to content

YIDE TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI WAKIL HAYRAT YARDIM TURKIYE

YIDE TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI WAKIL HAYRAT YARDIM TURKIYE

16 Disember 2024, Shah Alam – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan sukacitanya mengumumkan penerimaan kunjungan daripada Hayrat Relief Malaysia, cawangan Hayrat Yardim Turkiye pada hari ini.

Kunjungan ini menandakan permulaan kerjasama yang bermakna dalam usaha pendanaan bagi projek pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah yang dijangka siap pada penghujung Januari 2026.

Delegasi Hayrat Relief Malaysia yang diketuai oleh YBrs. En. Syafiq, Ketua Pegawai Eksekutif, telah disambut dengan mesra oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamad Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, dan YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE.

Semoga kunjungan ini menjadi titik tolak kepada peluang kerjasama yang lebih kukuh demi memastikan kelangsungan dan kejayaan projek kebajikan ini bagi manfaat golongan yang memerlukan.