
YIDE TERUS BERSAMA MAIS MENYANTUNI MANGSA BANJIR DI KELANTAN
14 December 2024
Aktiviti & Hebahan
Bantuan Bencana
Hebahan
Sumbangan Musibah / Bencana
Umum



14 November 2024, Tumpat – Pagi ini Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat.
.
Ini merupakan inisiatif khidmat di dalam Misi Bantuan Banjir Di Kelantan anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang juga melibatkan agensi-agensi dan anak syarikat di bawahnya.
.
Pasukan khidmat YIDE yang diketuai oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, telah turun ke lapangan untuk membantu agihan sumbangan dari MAIS dan agensi juga anak-anak syarikat yang terlibat.
.
Dengan adanya khidmat kemanusiaan serta sumbangan di bawah MAIS adalah diharapkan dapat meringankan bebanan mereka yang terkesan akibat bencana alam ini.