
YIDE SERAH SUMBANGAN PEK KEPERLUAN PASCA BANJIR DI KELANTAN
13 December 2024
Aktiviti & Hebahan
Bantuan Bencana
Hebahan
Sumbangan Musibah / Bencana
Umum
13 November 2024, Kota Bharu – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyerahkan sumbangan berupa pek keperluan harian kepada 40 keluarga mangsa banjir yang terjejas di Kampung Kajang Sebidang pada malam ini.
.
Khidmat ini merupakan antara inisiatif di dalam Misi Bantuan Banjir Di Kelantan anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
.
Majlis serahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, kepada YBhg. Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussien, Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan bebanan mereka yang terkesan akibat bencana alam ini.