KUNJUNGAN HORMAT YIDE KEPADA YB EXCO PEMBANGUNAN WANITA DAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR
04 November 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Program
Social
Umum
4 Nov 2024, Shah Alam – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat kepada YB Puan Anfaal Binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Kunjungan ini merupakan momento penghormatan di samping bertukar-tukar pandangan dan ‘community charities matching’ selain potensi inisiatif-inisiatif antara kedua belah pihak mengenai pembangunan dan kelangsungan kebajikan anak-anak yatim di Selangor.
.
Delegasi YIDE yang diwakili oleh En. Akmal Hafsyam, Pengurus Korporat YIDE, dan En. Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE, serta wakil-wakil pengurusan Rumah Kebajikan Anak Yatim Negeri Selangor yang berdaftar dengan YIDE, telah disambut oleh YB Puan Anfaal bin Saari.
.
Kunjungan ini juga membuka peluang untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara YIDE dan pihak kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan anak-anak yatim sentiasa terjaga dan diberi perhatian yang sewajarnya.
