Skip to content

YIDE TERIMA KUNJUNGAN INCEIF

YIDE TERIMA KUNJUNGAN INCEIF

29 Oktober 2024, Shah Alam – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menerima kunjungan dari INCEIF, institusi latihan kewangan Islam yang bernaung di bawah Bank Negara Malaysia (BNM). Kunjungan ini bertujuan untuk menjalankan kajian penanda arasan mengenai pengoperasian institusi kebajikan di Malaysia.
.
Menurut INCEIF yang berkerjasama dengan International Governance & Sustainability Centre (IGSC), sebagai salah satu daripada lima institusi kebajikan yang terlibat dalam kajian ini, YIDE berperanan penting dalam membina cadangan kerangka kesepaduan pengoperasian badan kebajikan di peringkat nasional.
.
YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE bersama pengurus-pengurus bahagian telah menyambut kehadiran En. Amir Murstid bin Roslan dan En. Bakiyudin bin Ahmad serta bertukar fikiran mengenai keperluan-keperluan pengoperasian yang sah berdaftar dan melaksanakan kefungsian dengan penuh intergriti dan akauntabiliti.