Jawatan Kosong di Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun.
Jawatan Kosong yang ditawarkan adalah:
1. Jururawat Terlatih
– Penempatan di Pusat Dialisis MAIS cawangan Shah Alam dan Sungai Besar
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian +603-3345 9900 atau boleh layari laman web kami di yide.com.my
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) adalah sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) setelah mendapat perkenan D.Y.M.M. Sultan Selangor, dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan serta mula beroperasi pada 25 September 2012.
YIDE mempunyai 6 cawangan Pusat Dialisis MAIS yang meliputi beberapa daerah di negeri Selangor seperti di Shah Alam, Bukit Jelutong, Kapar, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Taman Melawati.
