Skip to content

SAHABAT CILIK YIDE TURUN MEMBANTU MANGSA BANJIR

SAHABAT CILIK YIDE TURUN MEMBANTU MANGSA BANJIR

PAYA JARAS, 3 Oktober 2024 – Sahabat Cilik Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang terdiri daripada penguni rumah kebajika anak yatim Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras turun membantu bagi meringankan beban mangsa banjir di Paya Jaras, Sungai Buloh. Antara aktviti yang dijalankan adalah aktiviti gotong-royong membersihkan rumah mangsa banjir dan menyediakan makanan kepada mangsa dan petugas musibah banjir.
.
Selain itu, Sahabat Cilik YIDE daripada Asrama Anak Yatim Damai, Kuang turut mengambil peluang membersihkan Masjid Al-Islahiah Kuang yang terlibat banjir dan menyampaikan Pek Prihatin YIDE di beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman, Balai Raya Kampung Melayu Sikundang, Dewan Masyarakat Kampung Gombak dan lain-lain. Pek Prihatin YIDE tersebut mengandungi kelengkapan harian seperti tuala, kain pelikat, berus dan ubat gigi, telekung dan sebagainya. Misi bantuan diketuai oleh Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan YIDE.
.
Penglibatan Sahabat Cilik YIDE amat penting bagi memupuk rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap kebajikan masyarakat setempat khususnya membantu mangsa banjir. Ia sebagai suatu bentuk pendidikan dan tarbiyah dalam memenuhi tuntutan agama iaitu peka dan mengambil berat terhadap hak kejiranan di kawasan tempat tinggal.
.
Semoga semua urusan mangsa banjir dipermudah pada masa akan datang. Masyarakat diminta agar mengamalkan langkah keselataman dan bersiap siaga dalam menghadapi musim hujan pada masa kini. Langkah yang terbaik adalah mengikuti nasihat dan sentiasa mengambil maklum terhadap peringatan daripada pihak berkuasa.