YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SEGERA MENYANTUNI KELUARGA YANG DITIMPA KEMATIAN SUAMI
23 September 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
23 September 2024, Tanjung Karang – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera melawat dan menyantuni keluarga Puan Roslin Mohd Yatim yang ditimpah kematian suami pada hari Jumaat minggu lepas.
Puan Roslin dan suami, al marhum En. Khairul Nazip Othman merupakan kakitangan TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
.
Pada hari Jumaat minggu lepas, beliau dan al marhum suami sedang menyelesaikan beberapa urusan kewangan di bank. Kemudian, al marhum berada dalam keadaan tidak stabil dan terus dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang.
.
Di Hospital, para doktor cuba memberikan bantuan pernafasan hampir satu jam tetapi beliau tidak berjaya diselamatkan dan kembali ke hadrat ilahi meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih bersekolah di peringkat sekolah rendah.
.
Sumbangan YIDE telah disampaikan oleh En. Mohammad Haizan bin Mohd Rozi, Eksekutif Kebajikan YIDE kepada Puan Roslin Mohd Yatim diiringi En. Muhammad Danial bin Samsuddin, Penolong Eksekutif Kebajikan YIDE.
.
Didoakan agar Puan Roslin sekeluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini serta dipermudah semua urusan pada masa akan datang.
