MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM NEGERI SELANGOR TAHUN 1446H/2024M
14 September 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Hebahan
Umum
14 September 2024 / 10 Rabiul Awal 1446H, Shah Alam – Hari ini telah berlangsungnya majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran YIDE yang disertai hampir 400 anak yatim dari 20 rumah anak yatim di negeri Selangor. Program ini juga merupakan jalinan sinergi antara YIDE, Muslim Care Global, Yayasan Ikhlas, MyCare, ACT Malaysia dan Masjid Al Ubudiyah Seksyen 19, Shah Alam.
.
Majlis bermula pada jam 6.30 pagi diawali dengan perarakan anak-anak yatim dan selawat dari Dataran Bazaar Seksyen 19 ke Masjid Al Ubudiyah Seksyen 19 yang diterajui oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE bersama warga YIDE.
.
Sesi taklimat mengenai pendidikan dan biasiswa serta hala tuju pembelajaran dan kerjaya dari Universiti Antarabangsa Al Bukhary juga diadakan di majlis tersebut.
.
Turut hadir di majlis tersebut adalah YBrs. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lemabaga Pemegang Amanah YIDE dan juga Tuan Nazir Masjid Al Ubudiyah yang menyempurnakan penyerahan sijil dan hadiah pemenang pasukan perarakan yang terbaik.
.
YIDE merakamkan ribuan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuklah Syarikat Chocolate Albab yang mengagihkan produk mereka dalam penganjuran program ini hari ini sempena Kempen Bulan Anak Yatim YIDE.
