Skip to content

BULAN ANAK YATIM : YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) ANJUR CERAMAH MOTIVASI ‘PELAJAR HEBAT, PELAJAR BERADAB’

BULAN ANAK YATIM : YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) ANJUR CERAMAH MOTIVASI ‘PELAJAR HEBAT, PELAJAR BERADAB’

Pulau Indah, 11 September 2024 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) anjur program Ceramah Motivasi bertajuk “Pelajar Hebat, Pelajar Beradab” di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Indah bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H dan Kempen Bulan Anak Yatim.
 
Slot ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ust. Mohd Aimanuddin bin Mohd Rozli bersama murid-murid sesi petang SMK Pulau Indah khususnya tingkatan 1 dan 2 yang berjumlah 680 orang murid. Antara yang disampaikan oleh beliau adalah kepentingan dan kebaikan menghadiri majlis ilmu umpama berada di taman-taman syurga, ilmu akan menjadi lebih berkat apabila menjaga hubungan dengan guru-guru dan kepentingan menjaga ibadah solat yang merupakan tunjang utama dalam agama.
 
Disamping itu, YIDE juga telah menyampaikan Sumbangan Wang Saku Persekolahan Anak Yatim di SMK Pulau Indah kepada Pengetua Sekolah untuk melengkapkan keperluan persekolahan samada yuran, perbelanjaan dan sebagainya.
 
Pihak sekolah amat mengalu-alukan program ceramah ini kerana ia memberikan impak yang positif terhadap murid-murid tersebut. Semoga ia menjadi pencetus dan titik permulaan bagi mereka untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.