Skip to content

ZIARAH PRIHATIN MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN DI KLANG

ZIARAH PRIHATIN MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN DI KLANG

7 September 2024, Klang – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama Sahabat Prihatin YIDE (SPY) telah menziarahi mangsa kebakaran di sini.
Dimaklumkan kejadian bermula dari bilik stor dan seterusnya merebak hingga ke dapur dan ruang tamu hadapan.
 
Asap tebal telah memenuhi ruang tingkat atas dan memusnahkan pelbagai alat elektrik dan elektronik serta keseluruhan kelengkapan rumah.
YIDE diwakil SPY Tuan Haji Md Nazri Mohamed Nor merangkap Nazir Masjid Bandar Bukit Raja, Klang telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran bertujuan meringankan tanggungan mangsa.
 
YIDE menyeru masyarakat meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan kejadian seumpama berlaku dan juga berterima kasih kepada semua penyumbang kerana turut sama membantu menyalurkan sumbangan seterusnya menyantuni golongan sasar.