
BULAN ANAK YATIM : ALUMNI SISWA ANAK YATIM DIRAIKAN
07 September 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Umum



7 September 2024, Shah Alam – Kempen Bulan Anak Yatim dirancakkan lagi dengan Program Sumbangan Siswa Anak Yatim Negeri Selangor.
.
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) selaku institusi kebajikan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertanggungjawab mengurus, mengawal serta memantau hal ehwal kebajikan anak yatim di negeri Selangor YIDE telah menghimpunkan SISWA ANAK YATIM untuk diraikan.
.
Program Sumbangan Siswa Anak Yatim Negeri Selangor adalah bertujuan menghimpunkan alumni anak yatim yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi disamping meraikan mereka serta menyampaikan sumbangan sebagai galakan untuk lebih berjaya.
.
Program telah disempurnakan oleh En Nur Mohd Razali Abdullah selaku Pengurus Besar YIDE. Nasihat dan galakan telah diberikan agar mereka membantu keluarga dan menjadi contoh kepada 11,386 anak yatim yang lain di negeri Selangor.
.
YIDE juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang terlibat khususnya yang ingin melihat kebajikan anak yatim terbela seterusnya melahirkan anak yatim yang berjaya.