Skip to content
YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN DI TAMAN SETIA, JALAN KEBUN, KLANG

26 Ogos, Klang – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang tinggal di Taman Setia, Jalan Kebun, Klang.

Menurut mangsa, semasa kejadian mangsa sedang berada di luar kawasan atas urusan peribadi dan dimaklumkan oleh jiran beliau berkenaan kebakaran rumah beliau dipercayai berpunca dari bahagian dapur rumahnya. Beliau terus menghubungi pihak bomba dan setelah 30 minit bomba tiba di kawasan musibah dan mengambil masa lebih kurang 15 minit bagi memadamkan kebakaran tersebut. Musibah ini telah menyebabkan keroskan penuh di bahagian dapur manakala punca kebakaran masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.

Sumbangan musibah kebakaran telah disampaikan oleh En. Mohammad Haizan bin Mohd Rozi, Eksekutif Kebajikan YIDE diiringi En. Muhammad Danial bin Samsuddin, Penolong Eksekutif Kebajikan YIDE. Turut hadir bersama dalam sesi sumbangan tersebut adalah En. Mohd Zaki bin Che Deris, Ketua Kampung Johan Setia.

YIDE menyeru orang awam agar meningkatkan keselataman dan sentiasa melakukan pemeriksaan keselamatan rumah supaya dapat mengelakkan keluarga daripada ditimpa sebarang musibah pada masa akan datang.

Topik Berkaitan

Topik Terkini