KEBAKARAN BANGUNAN SURAU SK SUBANG BESTARI MENDAPAT PERHATIAN YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE)
23 Ogos, Subang Bestari – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) peka dan segera melawat SK Subang Bestari, Shah Alam yang ditimpa musibah kebakaran.
Menurut saksi, kebakaran berlaku jam 8:30 malam disedari oleh pengawal keselamatan dan ia berpunca daripada lintar pintas di surau sekolah tersebut.
Kejadian menyebabkan keseluruhan kelengkapan di surau tersebut musnah seperti al-quran, telekung, penghawa dingin, kipas dan lain-lain serta anggaran kemusnahan masih dalam penilaian.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana para murid tidak berada di kawasan tersebut.
Sumbangan musibah kebakaran telah disampaikan oleh En. Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE kepada Tuan Azman, Guru Besar SK Subang Bestari.
Alhamdulillah, sumbangan YIDE telah diserahkan kepada golongan sasar yang terkesan dan kepada orang awam yang hendak bersama membantu mangsa musibah boleh terus menyalurkan sumbangan di pautan berikut:
https://infaqpay.my/plus/dana-musibah-yide?referrer=fb003
YIDE menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan orang ramai dan sumbangan kalian telah pun YIDE salurkan kepada golongan yang memerlukan.