
YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SEGERA LAWAT DAN SANTUNI MANGSA KEBAKARAN DI SUNGAI BULOH, SELANGOR
15 Ogos, Sungai Buloh – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segara melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Sungai Buloh, Selangor.
Musibah kebakaran tersebut melibatkan empat (4) buah keluarga. Tiga (3) daripadanya di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sri Pagi, Sungai Buloh.
Menurut salah seorang mangsa iaitu En. Faizal bin Zahid memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada jirannya memaklukan berlaku kebakaran berhampiran sehingga menyebabkan rumahnya juga terkena tempias kebakaran tersebut.
Pelbagai alatan dan barangan rumah musnah namun tiada kemalangan jiwa yang berlaku kerana semua mangsa sempat keluar daripada rumah untuk menyelamatkan diri. Punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Sumbangan disampaikan oleh En. Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE kepada wakil keluarga tersebut iaitu En. Faizal bin Zahid, En. Norfaizah binti Safaruddin dan En. Rohazaman bin Jelas.
YIDE menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan orang ramai dan sumbangan kalian telah pun YIDE salurkan kepada golongan yang memerlukan.
Alhamdulillah, sumbangan YIDE diserahkan kepada golongan sasar yang terkesan dan kepada orang awam yang hendak bersama membantu mangsa musibah boleh terus menyalurkan sumbangan di pautan berikut:
https://infaqpay.my/plus/dana-musibah-yide?referrer=fb003
YIDE menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan orang ramai dan sumbangan kalian telah pun YIDE salurkan kepada golongan yang memerlukan.