Skip to content
YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SEGERA LAWAT DAN SANTUNI MANGSA KEBAKARAN DI SUNGAI BULOH, SELANGOR

16 Ogos, Bukit Naga – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera turun dan memberi sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Bukit Naga, Shah Alam.

Kebakaran tersebut berlaku pada hari Khamis, 15 Ogos 2024 pada jam 2:45 petang melibatkan 10 keluarga. Kejadian kebakaran memusnahkan keseluruah bangunan dan keperluan mangsa. Tiada kemalanganan jiwa yang berlaku dilaporkan.

Menurut mangsa semua pemghuni sempat beredar dari lokasi kejadian apabila dimaklumkan oleh jiran berkenaan kejadian. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumbangan disampaikan oleh En. Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE dan turut sama Tuan Azharuddin selaku Penghulu Mukim Sungai Kandis.

Didoakan agar semua urusan mangsa dipermudah pada masa akan datang. Masyarakat dinasihatkan agar membuat semakan dan meningkatkan tahap keselamatan di rumah bagi mengelakkan sebarang musibah berlaku pada masa akan datang.

Alhamdulillah, sumbangan YIDE diserahkan kepada golongan sasar yang terkesan dan kepada orang awam yang hendak bersama membantu mangsa musibah boleh terus menyalurkan sumbangan di pautan berikut:

https://infaqpay.my/plus/dana-musibah-yide?referrer=fb003

YIDE menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan orang ramai dan sumbangan kalian telah pun YIDE salurkan kepada golongan yang memerlukan.

Topik Berkaitan

Topik Terkini