Skip to content
PROGRAM KESEDARAN YIDE BERSAMA AKADEMI AUDIT NEGARA (AAN) - BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MAKLUMBALAS PENEMUAN AUDIT

PROGRAM KESEDARAN YIDE BERSAMA AKADEMI AUDIT NEGARA (AAN) – BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MAKLUMBALAS PENEMUAN AUDIT

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) menerusi Bahagian Audit Dalam, Risiko Dan Integriti (BADRI) telah menganjurkan PROGRAM KESEDARAN YIDE BERSAMA AKADEMI AUDIT NEGARA (AAN) yang bertajuk “Bengkel Teknik Menjawab Maklumbalas Penemuan Audit” pada 12 Ogos 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Mawaddah, Tingkat 2, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Pelaksanaan program ini merupakan komitmen dan usaha daripada Pengurusan YIDE bagi memantapkan kemahiran dan pendedahan Teknik Menjawab Maklumbalas Penemuan Audit kepada Kakitangan YIDE dan Ketua-Ketua Jururawat Pusat Dialisis MAIS (PDM). Bahagian Audit Dalam, Risiko Dan Integriti (BADRI) YIDE bergerak secara proaktif dengan melibatkan sama wakil daripada Sektor Audit Dalam Dan Integriti Majlis Agama Islam Selangor dan semua wakil daripada Bahagian Audit Dalam bagi semua Agensi dibawah MAIS seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS, UIS – Universiti Islam Selangor (UIS), TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).

Bengkel ini telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Pengarah Akademi Audit Negara Bandar Enstek Nilai iaitu YBrs. Puan Farizah Binti Harman. Dengan kehadiran daripada Wakil Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE; YBrs. Hajjah Ida Riswana Binti Idris, Pengurus Besar YIDE; YBrs. Encik Nur Mohd Razali Bin Abdullah, Ketua Sektor Audit Dalam Dan Integriti MAIS; YBrs. Puan Rohana Binti Hassan, Pengurus Besar Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS); YBrs. Encik Mohd Hasnul Redza Bin Abd Rahim serta urusetia program daripada Bahagian Audit Dalam, Risiko Dan Integriti (BADRI) YIDE; Encik Mohamad Shazwan Mohamad Yussoff.

#InfoYIDE #YIDE
#BADRI
#TadbirUrusKoporatYangBaik