Skip to content
Progress Pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim

PROGRES PEMBINAAN KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH

9 Ogos 2024, Pulau Indah – Progres pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah minggu ini merupakan kesinambungan kerja untuk pembinaan fasiliti utama seperti Asrama, Surau, Dewan Serbaguna, Gelanggang Permainan dan Arena Kiosk.
.
Pembangunan ini telah mencapai progres 25%. Baki dana sejumlah RM7.3 juta masih perlu diusahakan untuk merealisasikan kompleks ini tersedia pada hujung Januari 2026.
.
YIDE menyeru kebersamaan orang ramai, agensi, syarikat korporat, komuniti, pertubuhan dan kumpulan jemaah masjid-masid bagi menyokong dan merealisasikan inisiatif murni ini agar kompleks ini segera disiapkan.
.
Sumbangan boleh dibuat pada pautan berikut:
.
Infaq secara bulanan:
.
Infaq secara ‘one-off’:
.
Sumbangan anda layak mendapat potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.