11 Ogos 2024, Shah Alam – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengadakan ‘reach-out’ berkongsi kepada masyarakat mengenai inisiatif pembinaan Kompleks Asrama Yatim Pulau Indah yang sedang giat dijalankan dan kini telah pun menghampiri 30% progres pembinaan.
YBrs. En. Mohd Nur Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE turut memberi taklimat progres pembinaan Kompleks tersebut kepada YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS yang menziarahi reruai YIDE di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Orang ramai dijemput hadir untuk singgah ke reruai YIDE bagi mendapat info perkembangan inisiatif Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah ini.
Ayuh kita sama-sama merealisasikan inisiatif YIDE.
Secara bulanan:
Infaq secara ‘one-off’:
Sumbangan anda layak mendapat potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
#InfoYIDE #infaqYIDE #PrihatinKebajikanUmmah #anakyatim #kompleksasramaanakyatim