PROGRAM PEMBANGUNAN ANAK-ANAK YATIM : KEM SMART SOLAT INISIATIF YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) MELAHIRKAN ANAK YATIM RABBANI
12 July 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Program
Social
SHAH ALAM, 12-14 Julai – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menjalankan Kursus Smart Solat bagi anak-anak yatim daerah Kuala Selangor di Kem Bumi Jati, Shah Alam.
Â
Kursus ini bertujuan sebagai bimbingan asas fardhu ain melalui bimbingan teori dan amali bermula daripada panduan bersuci sehingga amali ibadah solat.
Â
Sesi memperbaiki bacaan serta rukun solat disamping penekanan solat berjemaah, berselawat dan zikir menjadi keutamaan bagi kursus ini. Anak-anak yati selaku peserta juga sentiasa diingatkan tentang kewajipan menunaikan solat fardhu.
Â
Semoga kursus ini memberikan manfaat kepada anak-anak yatim khususnya dalam pembentukan akhlak dan sahsiah diri yang baik.
