MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & NASYID NEGERI SELANGOR MEDAN MENCUNGKIL BAKAT ANAK-ANAK YATIM
30 June 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Program
30 Jun 2024 – Sungai Buluh, Majlis Tilawah Al-Quran & Nasyid (MTQN) Peringkat Negeri Selangor yang julung kali di adakan di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras telah berlangsung dengan jayanya. Majlis adalah medan mencungkil bakat di kalangan anak yatim yang tinggal di Rumah Kebajikan Anak Yatim.
Â
Majlis anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) Cawangan Selangor dengan sokongan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mempertandingkan pelbagai pertandingan peringkat menegah dan rendah antaranya Tilawah Al-Quran, Nasyid, Azan, Sajak, Syarahan, Hafazan Al-Quran dan lain-lain lagi. Antara Rumah Kebajikan Anak Yatim yang bertanding adalah Rumah Kasih Harmoni, Rumah Anak Yatim Miskin Rukaiyah, Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Sabak Bernam, Yayasan Wardhatul Jannnah, Rumah Amal Raudhatul Jannah dan banyak lagi.
Â
Hadir sama semasa Majlis Penutup MTQN adalah Y.M. Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Bin Mansor selaku Pengerusi PEYATIM, En. Muhammad Zubair Azizan selaku Pengurus Kebajikan YIDE dan Datin Ani Mawar Abdullah selaku Pengerusi PEYATIM Selangor.
YIDE mengucapkan tahniah kepada semua urusetia dari kalangan pentadbir rumah Kebajikan Anak Yatim di atas penganjuran yang sangat baik dan berharap agar program seumpana ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang bagi mencungkil bakat serta kebolehan anak-anak yatim agar seiring dengan anak-anak yang lain.
