MAJLIS PEMUKIMAN KETUA SAHABAT PRIHATIN YIDE 2024
29 June 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Program
Social
Umum
29 Jun 2024, Shah Alam – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menganjurkan Majlis Pemukiman Ketua Sahabat YIDE (K-SPY) sebagai inisiatif kebersamaan dan mengeratkan jalinan sinergi yang berterusan untuk pendanaan khususnya kepada kelangsungan anak-anak yatim di bawah seliaan negeri Selangor.
.
Majlis ini dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE serta 40 orang Ketua-ketua Sahabat Prihatin YIDE dari semua 9 daerah di negeri Selangor.
.
Sesi kali ini melibatkan perkongsian idea bagi memperkukuhkan kebersaman gerak kerja pendanaan bagi keperluan manfaat golongan sasaran.
.
Majlis hari ini juga menyaksikan penganugerahan penghargaan kepada 5 orang K-SPY mengikut kategori cemerlang oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain.
.
Semoga inisiatif jalinan sinergi ini berkekalan demi kelangsungan kebajikan penerima manfaat di bawah seliaan YIDE.
