YAYASAN ISLAM DARUL ISLAM (YIDE) PRIHATIN TERHADAP KEPERLUAN MANGSA KEMALANGAN DI BANTING
16 June 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
16 Jun 2024, Banting – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera turun menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan di Banting.
.
Mohamad Muzhaffar Omar, mangsa kemalangan telah dilanggar oleh sebuah lori mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Malangnya, pemandu lori tersebut telah melarikan diri setelah kemalangan itu berlaku. Kini, orang ramai diminta hadir untuk memberikan maklumat sekiranya berada di tempat kejadian. Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil.
.
Sumbangan musibah YIDE telah diwakili oleh Ustaz Mustafidurrohman, Ketua Sahabat Prihatin YIDE (KSPY) daerah Kuala Langat kepada isteri mangsa, Puan Nurul Izzati Zul iaitu isteri mangsa.
