Skip to content

PROGRAM DAKWAH LAPANGAN DAIE MUDA YADIM KE KELUARGA ANAK YATIM BERDAFTAR DIBAWAH YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN

PROGRAM DAKWAH LAPANGAN DAIE MUDA YADIM KE KELUARGA ANAK YATIM BERDAFTAR DIBAWAH YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN

12 Jun, Hulu Langat – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama Akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program lawatan dakwah ke rumah keluarga anak yatim di Hulu Langat. Program adalah bertujuan untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga anak yatim.
 
Seramai 30 peserta Akademi Daie YADIM telah dipecahkan kepada 5 kumpulan untuk melawat lima rumah keluarga anak yatim di sekitar Hulu Langat. Kunjungan YIDE telah diwakili oleh En Muhammad Zubair Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE dan Ustaz Anas selaku urusetia YADIM.
 
Sumbangan telah disampaikan kepada Puan Rosmawati, ibu kepada empat orang anak dan seorang anak kurang upaya (OKU). Salah sebuah keluarga anak yatim daripada 6,388 keluarga anak yatim yang berdaftar dibawah YIDE merangkumi 11,386 orang anak yatim. Oleh itu, program ziarah anak yatim adalah suatu perkara yang baik dan perlu diteruskan bagi menyantuni dan mengambil tahu keadaan mereka.