
PROGRAM DAKWAH LAPANGAN AKADEMI DAIE MUDA YAYASAN DAKWAH ISLAMIYAH MALAYSIA (YADIM) KE PUSAT DIALISIS MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
11 June 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Dialisis
Hemodalisis
11 Jun, Shah Alam – Akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan Program Dakwah Lapangan melibatkan pesakit dialisis.
.
Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan menyantuni dan memberikan sokongan spiritual kepada para pesakit. Seramai 31 orang peserta terdiri daripada Akademi Daie Muda YADIM telah melawat di tiga (3) buah Pusat Dialisis MAIS (PDM) Cawangan Shah Alam, Bukit Jelutong & Taman Melawati yang dikendalikan oleh YIDE.
.
Program dimulakan dengan taklimat serta tatacara melawat pesakit yang disampaikan oleh En Mohamad Haizan Mohd Rozi selaku Eksekutif Kebajikan YIDE serta ucapan penghargaan oleh En Muhammad Zubair Azizan selaku Pengurus Operasi YIDE di ikuti dengan aktiviti menyantuni dan meberi sumbangan kepada pesakit.
.
Sehingga kini bilangan pesakit yang menerima rawatan di Pusat Dialisis MAIS adalah seramai 258 orang pesakit melibatkan 6 Pusat Dialisis MAIS kendalian YIDE.