YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN DI HULU SELANGOR
03 June 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Bantuan Bencana
3 Jun, Hulu Selangor – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera turun dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa musibah kebakaran di Hulu Selangor melalui Sahabat Prihatin YIDE (SPY).
.
Menurut mangsa iaitu En. Fauzi bin Rosli mengatakan bahawa beliau dimaklumkan rumah beliau terbakar setelah mendapat panggilan daripada isterinya. Kebakaran telah bermula di bahagian dapur kemudian merebak ke ruang tamu berpunca dari kebocoran gas.
.
Walaubagaimanapun, pihak bomba berjaya memadamkan api yang marak dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Musibah ini telah menyebabkan kerosakan keseluruhan barangan di dalam rumah.
.
Sumbangan YIDE telah disampaikan oleh Tuan Syed Azman bin Syed Jusoh selaku Sahabat Prihatin YIDE (SPY) merangkap bendahari Masjid As Salam, Bukit Beruntung kepada mangsa kebakaran iaitu En Fauzi bin Rosli.
