Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) TINGKATKAN SEMANGAT CINTA MEMBACA DI KALANGAN ANAK-ANAK YATIM NEGERI SELANGOR

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) TINGKATKAN SEMANGAT CINTA MEMBACA DI KALANGAN ANAK-ANAK YATIM NEGERI SELANGOR

29 Mei, Kuala Lumpur – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menganjurkan “Shopping Buku” yang melibatkan anak-anak yatim sekitar Gombak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Program dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan semangat membaca di kalangan anak-anak yatim.
.
Pesta buku yang julung kalinya diadakan merupakan peluang dan ruang kepada anak-anak yatim untuk mendapatkan buku kegemaran mereka.
.
YIDE telah memperuntukan voucher ‘Shopping Buku’ yang disampaikan oleh En .Muhammad Zubair Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE kepada semua anak yatim agar mereka peroleh manfaat dengan pembelian buku untuk bacaan harian mereka.