
PERTEMUAN YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) BERSAMA TROPICANA ACADEMY & UTM SPACE BAGI MEMBINCANGKAN HALA TUJU PENDIDIKAN & PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN BAGI ANAK-ANAK YATIM NEGERI SELANGOR
28 May 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Program
Social
Umum



28 MEI, PETALING JAYA – Delegasi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang diketuai oleh Pengurus Besar YIDE, En. Nur. Mohd Razali Bin Abdullah telah hadir ke suatu pertemuan bersama Dato’ Michael P.H. Leon, Pengarah Tropicana Academy dan Dr. Azlan Hj. Alias, Senior Academic Designer, UTM Space di Pejabat Tropicana Academy, Petaling Jaya bagi membincangkan hala tuju pendidikan dan peluang melanjutkan pelajaran untuk anak-anak yatim di Negeri Selangor.
Â
Tropicana Academy adalah sebuah institusi pendidikan yang menawarkan latihan kemahiran dan kursus jangka pendek dalam bidang kemahiran seperti kulinari, pengurusan hospitaliti dan lain-lain manakala UTM Space pula sebuah badan akademik yang menawarkan peluang melanjutkan pelajaran secara terbuka mengikut kepada kursus-kursus yang disediakan.
Â
Hasil perbincangan bersepakat bahawa suatu kerjasama akan dilaksanakan di antara ketiga-tiga badan pada masa akan datang. Hal ini bagi memastikan anak-anak yatim dapat meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan mendapat prospek kerjaya yang baik pada masa akan datang disamping bakal meningkatkan taraf hidup yang lebih baik.