Skip to content

YIDE PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN KEPERLUAN ANAK-ANAK YATIM DI AMPANG

YIDE PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN KEPERLUAN ANAK-ANAK YATIM DI AMPANG

27 MEI, AMPANG – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengadakan kunjung ziarah dan menghulurkan sumbangan bagi menampung keperluan dan perbelanjaan keluarga anak yatim.
 
Aida Ayuni merupakan anak sulung kepada empat (4) beradik kini menjadi ketua keluarga selain dibantu bapa saudara setelah pemergiaan bapa kandungnya tahun lalu. Beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang Law Enforcement di salah sebuah kolej swasta dan mendapat bantuan pelajaran secara bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) manakala tiga orang adiknya masih belajar di peringkat sekolah rendah dan menegah.
 
Sumbangan Prihatin disampaikan oleh En. Muhammad Zubair Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan, YIDE kepada anak sulung keluarga tersebut.