
YIDE KERJASAMA SAHABAT PRIHATIN YIDE (SPY) BANTU MANGSA KEBAKARAN
24 May 2024
Aktiviti & Hebahan
Bantuan Bencana
24 Mei 2024, PUNCAK ALAM – Kejadian kebakaran di sini melibatkan seorang warga emas dipercayai berpunca dari litar pintas.
Kejadian disedari oleh mangsa semasa sedang berehat lalu terhidu asap dan bergegas ke ruangan dapur bagi mengenalpasti punca asap tersebut.
.
Kejadian kebakaran memusnahkan keseluruhan ruangan rumah sehingga memaksa mangsa tinggal di sebuah rumah sewa di sekitar.
.
Sumbangan YIDE telah di sampaikan oleh Tuan Haji Shukri selaku Sahabat Prihatin YIDE (SPY) daerah Kuala Selangor merangkap Nazir Masjid Felda Bukit Cherakah.