Skip to content

KERJASAMA SINERGI ANTARA YIDE DAN YAYASAN INFAQ ANGKASA (YIA)

KERJASAMA SINERGI ANTARA YIDE DAN YAYASAN INFAQ ANGKASA (YIA)

Selasa, 21 Mei 2024 –Wadah perbincangan diantara Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) diteruskan dengan perbincangan untuk cadangan kerjasama bersama dengan lawatan ke tapak pembangunan pusat dialisis baharu di Masjid Ar Raudhah, Puncak Perdana dan Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah.
 
Kunjungan mesra ini disambut baik oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali Bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE. Semoga sesi kunjungan ini dapat merapatkan ukhuwah dan Yayasan Infaq ANGKASA dapat bersama- sama memperkasakan ekonomi ummah.