Skip to content

MAJLIS APRESIASI DAN SAMBUTAN HARI JURURAWAT 2024 ANJURAN YIDE.

MAJLIS APRESIASI DAN SAMBUTAN HARI JURURAWAT 2024 ANJURAN YIDE.

19 Mei 2024, Shah Alam – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menganjurkan Majlis Apresiasi sempena Sambutan Hari Jururawat 2024 sebagai tanda penghargaan kepada semua warga Pusat Dialisis MAIS yang terletak di Shah Alam, Bukit Jelutong, Taman Melawati, Kapar, Kuala Selangor, dan Sungai Besar.
.
Dalam majlis ini, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah dianugerahkan mengikut kategori kepada:
.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Ibu Pejabat) dianugerahkan kepada En. Muhammad Zubair bin Azizan.
.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Ketua Jururawat) dianugerahkan kepada Pn. Norhidayu binti Mukhtar dari Pusat Dialisis MAIS Kapar.
.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Jururawat) dianugerahkan kepada Pn. Nur Rafidah binti Ahmad Roffee dari Pusat Dialisis MAIS Kapar.
.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Pembantu Dialisis) dianugerahkan kepada Pn. Nur Siti Aishah Nadiha binti Misnon dari Pusat Dialisis MAIS Kuala Selangor.
.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Pemandu) dianugerahkan kepada En. Jifri bin Othman dari Pusat Dialisis MAIS Kuala Selangor.
.
Anugerah Pusat Dialisis Terbaik telah dianugerahkan kepada Pusat Dialisis MAIS Kapar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang.
.
Selain itu, Anugerah ‘Long Service’ turut disampaikan kepada 30 orang kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.
.
Majlis ini telah dihadiri Oleh YBhg. Tan Sri Mazlan bin Mansor, Pengerusi YIDE, Ahli-ahli Pemegang Amanah YIDE, Pengurus Besar YIDE dan Warga kerja YIDE.