
YIDE TERUSKAN MISI BANTUAN AWAL KEPADA MANGSA BANJIR DENGAN KERJASAMA ADUN KOTA DAMANSARA
17 April 2024
Aktiviti & Hebahan
Bantuan Bencana
Program
17 April 2024, Kota Damansara – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) agensi kebajikan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertanggunjawab menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di sini.
.
Kejadian pada sebelah patang semalam yg berpanjangan menyebabkan limpahan air sehingga di longkang tidak dapat menampung air hujan yang turun.
.
Seramai 69 keluarga telah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Surau Taman Setia Warisan.
.
Bantuan awal yang telah disalurkan adalah Pek Prihatin YIDE terdiri daripada selimut, tuala, baju, kain pelikat, kain batik, toileteris dan sebagainya telah diserahkan kepada YB Izuan Kasim merangkap ADUN Kota Damansara untuk kegunaan mangsa yang terjejas.