Skip to content

PROGRAM SEMAKAN POLISI INTEGRITI YIDE BERSAMA SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI SELANGOR

PROGRAM SEMAKAN POLISI INTEGRITI YIDE BERSAMA SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI SELANGOR

25 April 2024 Bersamaan 16 Syawal – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) agensi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjalankan Program Semakan Polisi – Polisi Integriti YIDE Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Negeri Selangor
.
Antara Polisi-Polisi Integriti YIDE yang terlibat adalah seperti berikut;
1. Polisi Integriti YIDE – Polisi Anti Rasuah
2. Polisi Integriti YIDE – Polisi Hadiah & Hospitaliti / Keraian
3. Polisi Integriti YIDE – Polisi Konflik Kepentingan
4. Polisi Integriti YIDE – Polisi Whistleblowing (Aduan Dan Perlindungan Pemberi Maklumat)
.
Polisi-Polisi Integriti YIDE akan dipinda berdasarkan Nasihat dan Pandangan daripada SPRM Selangor sebelum dibentangkan untuk Kelulusan Pengesyoran Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Risiko Dan Integriti (MJKARI) Bil.02/2024 dan dibentangkan untuk Kelulusan Perakuan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) Bil.02/2024 serta dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk pelaksanaan dikuatkuasakan.
.
Sesi penyerahan momento telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Shazwan Bin Mohamad Yussoff; Eksekutif Bahagian Audit Dalam, Risiko Dan Integriti (BADRI) YIDE kepada YBrs. Encik Azuan Bin Adzhar; Penolong Persuruhjaya SPRM Negeri Selangor.
.