
MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM BERSAMA D.Y.T.M. RAJA MUDA SELANGOR (DAERAH GOMBAK)
30 March 2024
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Hebahan
Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah
Program
Sumbangan Hari Raya
Umum



30 Mac 2024, Gombak – Majlis yang berlangsung di Masjid Asy-Syakirin ini telah menyaksikan penyerahan sumbangan tunai Hari Raya sebanyak RM 96,300 kepada 624 anak-anak yatim di daerah Gombak yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.
.
D.Y.T.M. Raja Muda Selangor juga telah berkenan untuk menyerahkan watikah lantikan kepada 7 orang Ketua Sahabat Prihatin YIDE (K-SPY) yang berperanan membantu dan menyokong YIDE untuk mengenalpasti anak-anak yatim baharu untuk disantuni di daerah masing-masing.
.
Begitu juga dengan acara penyerahan cek cura dari MBSB Bank Berhad sebanyak RM340,000, Menteri Besar Incorporated (MBI) sebanyak RM20,000 dan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dengan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada YIDE untuk kebajikan golongan sasar.