Skip to content

“TERIMA KASIH KERANA INGAT KAMI SEKELUARGA”

“TERIMA KASIH KERANA INGAT KAMI SEKELUARGA”

27 Mac 2024– Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera turun menziarahi Puan Noratikah bin Mohamad Rodi di Rantau Panjang, Klang.
.
Beliau adalah balu kepada almarhum En. Arzlan bin Mokhtar yang merupakan salah seorang kakitangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
.
Kunjung ziarah ini adalah tanda ingatan kepada ahli keluarga almarhum dan sedikit sumbangan telah dihulurkan oleh En. Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE dengan harapan ia dapat meringankan urusan keluarganya.