Skip to content

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024/1445H KEPADA ANAK-ANAK YATIM DI RUMAH ANAK YATIM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ BERSAMA D.Y.T.M RAJA MUDA SELANGOR.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024/1445H KEPADA ANAK-ANAK YATIM DI RUMAH ANAK YATIM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ BERSAMA D.Y.T.M RAJA MUDA SELANGOR.

Tanjung Kling, Melaka 12 Mac 2024 – YIDE teruskan tradisi tahunan dengan menyantuni anak-anak yatim di negeri Selangor melalui Majlis Sumbangan Hari Raya Bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
.
Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Selangor pada tahun ini bermula pada 12 Mac 2024 (hari ini) bersamaan 1 Ramadhan 1445H di Rumah Anak Yatim Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alhaj (RAYSSAAS) dan akan berakhir pada 30 Mac 2024 bersamaan 19 Ramadhan 1445H. Majlis pada tahun ini melibatkan 6 lokasi terpilih iaitu 5 daerah di Selangor iaitu daerah Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Sepang, Gombak dan juga Melaka. Dan sekali lagi, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan untuk mencemar duli hadir bersama.
.
Untuk makluman, YIDE pada tahun ini memperuntukkan hampir RM1.7 juta Sumbangan Hari Raya untuk diagihkan kepada 11,386 orang anak-anak yatim daripada 6,388 buah keluarga yang telah berdaftar dengan YIDE. Sumbangan akan dibayar secara berperingkat bermula 13 Mac 2024 bersamaan 2 Ramadhan 1445H.
.
Pada majlis hari ini sumbangan tunai sebanyak RM8,700.00 diserahkan kepada 29 anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alhaj (RAYSSAAS). Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga telah perkenan mengurniakan 100 kilogram beras dan 29 set kain palekat kepada anak-anak yatim di sini.
.
Semoga sumbangan ini dapat membantu persiapan menyambut hari raya anak-anak ini dan menceriakan mereka dalam menjalani ibadah puasa