YIDE Mengadakan Kunjungan Hormat Ke SIPRO Malaysia Sdn Bhd

BUKIT BERUNTUNG, 3 Oktober 2019; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) meneruskan kunjungan hormat kepada sektor-sektor korporat khususnya di Negeri Selangor untuk merapatkan ukhwah antara YIDE dan syarikat korporat. Kunjungan kepada YBhg. Datuk Noraini Soltan, Pengarah Urusan Sipro Malaysia Sdn Bhd berlangsung sekitar 1 jam dan YIDE diwakili oleh Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pemangku CEO dan Encik Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE. Sipro Malaysia Sdn Bhd adalah pengeluar/vendor utama barangan plastik kepada kenderaan Perodua dan juga Proton. Pelbagai inisiatif perbincangan telah disepakati untuk dijalankan bersama khususnya fokus kepada fungsi YIDE menyantuni anak yatim, pesakit dialisis dan bantuan musibah serta malapetaka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *