YIDE Edar 1,000 Keping Penutup Mulut (Face Mask)

KLANG, 13 September 2019; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bersama Skuad Sukarelawan YIDE mengedarkan 1,000 keping penutup mulut dan air mineral di Masjid Kampung Johan Setia serta beberapa kawasan sangat tidak sihat tahap kualiti udara sekitar Johan Setia. . Kualiti udara di stesen Johan Setia Klang semakin teruk apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) meningkat kepada 209 pagi ini. . Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Nur Mohd Razali Abdullah, pengedaran penutup mulut ini adalah sebagai salah satu langkah awal menjaga kesihatan bagi menghadapi fenomena jerebu ini. . Sebagai langkah menghadapi jerebu ini, YIDE turut berkongsi 6 tindakan semasa jerebu di semua platform media sosial supaya dapat bersama dikongsi info kepada masyarakat khususnya bagi menghadapi perkara ini. . Antara langkah yang wajar dipatuhi iaitu ; Kurangkan aktiviti luar, Elak pembakaran terbuka, Kerap membasuh tangan, tidak merokok, menggunakan mode kitaran udara dalaman ketika memandu, perbanyakan minum air. . YIDE juga akan terus mengedarkan penutup mulut ini kepada kawasan-kawasan yang teruk terjejas dari semasa ke semasa.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *