Skip to content

15 Julai 2019 – YIDE Bantu Keluarga Dua Beradik Maut Kebakaran

BANTING, 15 JULAI 2019: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah hadir untuk ziarah dan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas kepada keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Endah baru baru ini.

Kunjungan YIDE diketuai oleh Encik Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE. Melalui pertemuan dengan kedua ibu bapa semasa kejadian mereka berada di kedai sedang memasak makanan untuk anggota bomba yang bertugas memadamkan kebakaran kilang kimia di Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

YIDE mengucapkan takziah kepada keluarga ini dan diharapkan, tabah menghadapi sebarang ujian daripadanya.