14 Februari 2020 – YIDE Bantu Keluarga Mangsa Ribut Batu 7 Jalan Kebun

SHAH ALAM, 14 Februari 2020: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) turun padang membantu 7 keluarga yang ditimpa musibah ribut petang semalam. Kunjungan YIDE yang diketuai oleh Md. Ariffin bin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE ke Jalan Kebun disambut oleh Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni ADUN Sungai Kandis merangkap Pembantu Pengerusi Jawatankuasa Tetap (EXCO) Hal Ehwal Islam Negeri Selangor dan juga Ahli Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menurut Ketua Kampung Batu 7 Jalan Kebun, Mohd Khairuizam Bin Mohd Tawil kejadian ribut yang melanda petang semalam melibatkan beberapa buah rumah. Keadaan ribut yang luar biasa menyebabkan kerosakan rumah khususnya bumbung diterbangkan oleh angin.

Sumbangan yang disampaikan oleh YIDE kepada 7 buah keluarga berbentuk barang keperluan asas dan wang tunai. Sumbangan Ad-Hoc ini diberikan kepada mangsa bertepatan dengan salah satu fokus utama YIDE membantu mangsa yang ditimpa musibah dan malapetaka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *