Skip to content

17 Ogos 2018 – YIDE Bantu 3 Keluarga Mangsa Kebakaran di Batu Caves, Selangor

BATU CAVES, 17 OGOS 2018; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang diketuai oleh Md. Ariffin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti YIDE telah menyerahkan sumbangan beg barang keperluan asas dan wang tunai kepada 3 keluarga di Kg. Melayu Wira Damai yang mana kediaman mereka telah hangus terbakar baru-baru ini. Kejadian kira-kira jam berlaku jam 3.00 pagi pada rabu yang lepas dan melibatkan 2 buah rumah berpenghuni dan sebuah rumah kosong (8 orang mangsa). Menurut mangsa Siti Hanifa binti Hapipi kejadian berlku ketika semua ahli keluarganya sedang tidur dan mendapati asap tebal dari rumah sebelah. “Tambah beliau lagi, beliau dah ahli keluarga yang lain keluar menyelamatkan diri serta adiknya yang juga seorang OKU bagi mengelak perkara yang tidak diingini. Hanya sebahagian dokumen sahaja yang sempat diselamatkan.” Hasil siasatan awal pihak bomba kebakaran berpunca dari litar pintas. Operasi memadamkan api membabitkan 18 pegawai dan anggota bomba dari Balai Selayang dan Rawang yang turut dibantu penduduk dan orang ramai.