Hal Ehwal Berkaitan Anak-anak Yatim Negeri Selangor
- Melaksanakan program agihan sumbangan kewangan hari raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim di Negeri Selangor dan semua hal ehwal yang berkaitan anak-anak yatim seperti bantuan dana pendidikan,perubatan,penyerahan bantuan pakaian sekolah serta mewujudkan program Celik Al-Quran dalam usaha melahirklan generasi pintar Al-Quran di kalangan anak-anak Yatim
Musibah/Malapetaka
- Memberi Sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai serta barangan keperluan harian seperti makanan & minuman dan barang kelengkapan diri kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah dan malapetaka seperti tanah runtuh, banjir serta kemalangan.
Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis, Pusat Dialisis MAIS
- Menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis di Enam (6) buah cawangan Pusat Dialisis MAIS (PDM) di Shah Alam,Kapar,Kuala Selangor,Sunagi Besar, Taman Melawati (Gombak) dan Bukit Jelutong (Shah Alam)
- Menguruskan dan mengawal selia serta klinikal semua Pusat Dialisis MAIS.
- Memberikan perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dengan sempurna dan selamat serta memastikan pesakit berpuashati dengan layanan diberikan oleh Yayasan.
- Menerapkan pengisian rohani kepada pesakit-pesakit dengan memberikan ceramah dan tazkirah oleh Penceramah jemputan agar dapat memotivasikan diri untuk meneruskan kehidupan.
- Merancang dan melaksanakan program penerangan dan kesedaran berkaitan penjagaan kesihatan, pemakanan dan sebagainya kepada masyarakat umum seperti menganjurkan Hari Buah Pinggang Sedunia, Kempen Derma Darah dan Ceramah-Ceramah yang berkaitan bidang
- Merancang dan melaksanakan perkhidmatan yang berkaitan hemodialisis dan lain-lain program berkaitan.